Sunday, January 27, 2008

EPISOD 4



Sambungan episod terdahulu....
Setelah jln utama telah siap tiba lah masanya utk menambak kawasan cadangan tapak kandang berukuran 24x100 utk fasa pertama Gemilang Farm. Gambar di atas sekali adalah tapak kandang yg telah siap di tambak dan telah di tagging utk membuat tiang kandang. Kerja-kerja berjalan lancar dengan pekerja ketika itu seramai 6 org di tambah dgn 1 org pemandu Hitachi dan ucapan terima kasih kerana impian sy dah terlaksana secara tidak langsung dan membangkitkan semangat sy utk menjadi penternak berjaya suatu hari nanti.
Gambar kedua menunjukkan kerja-kerja mengorek lubang utk dijadikan beam bawah sebelum tiang di tegakkan supaya kandang lebih kuat dan kemas. sebanyak 44 lubang telah di korek dan 44 tiang telah sy tempah dgn setiap satu berukuran 6x6 inchi.
Setelah tanah di korek sepenuhnya kini kerja-kerja per'label'an dilakukan oleh pekerja kontrak yg dilantik sendiri oleh sy setelah menjalani interview..hahah, mcm2 citer beb..mcm2 ragam...pengalaman2..pekerja yg betul2 mahir sahaja akan ditawarkan kerja, hanya 6 org dari 15 org yg hadir temuduga layak utk menjadi pekerja sy..lihat saja;ah gambar tu tinggi tak tinggi skill diaorg ni buat kerja mcm ni...ok lah sambungan episod 5 jgn lupa tau...next week kot..salam utk penternak yg sentiasa mengikuti episod Sejarah Gemilang Farm..

Sunday, January 20, 2008

EPISOD 3



Baka Champion dah tgk, Kalahari Red or Redboer Boer Fullblood dgn cross dah tengok, skrg kite sambung balik cite episod ketiga SEJARAH TERTUBUHNYA GEMILANG FARM...Setelah kerja-kerja penebangan dah 30% siap tiba lah masanya kerja-kerja penambakkan tanah merah utk dijadikan jln masuk utama dan kawasan yg telah dirancang oleh sy sendiri...lebih kurang 100 lori besar tanah merah telah bergilir-gilir utk menyiapkan jln masuk utama ke GEMILANG FARM(satu lori rm230x 100) itu baru tanah jer tau.....makan 2 hari lah jugak..penat tak terkira lah sy nak kira setiap lori yg masuk siap kena mkn kat site lg..hehhe, best mmg best..kpuasan terjelma sebab projek idaman telah bermula...ikuti sambungan yer...


Wednesday, January 16, 2008

ANAK PEJANTAN CHAMPION BAKA FAIRFAX & SNAKE


Wahai penternak-penternak boer di Malaysia, GEMILANG FARM khas yer akan bawa anak baka-baka champion utk dijadikan baka GEMILANG FARM..yg ni bloodline FAIRFAX (Australian Reserve Senior Champion buck 2006), hanya dpt dua jer, umo pun baru 1 tahun sebulan..Lepas ni kpd bakal2 penternak yg inginkan kepuasan menternak kambing boer sila lah ke GEMILANG FARM utk melihat sendiri baka2 champion ni..kalau nak anak yer tunggu lah akhir tahun ni..baka2 ni akan di bawa sekali dgn shipment yg tak lama lg akan dtg sebanyak 400 ekor..bile dah ade baka2 ni GEMILANG FARM sememang ye yg GEMILANG di Malaysia walaupun baru 7 bulan beroperasi secara rasmi yer..ALHAMDULILAH...



Tuan-tuan dan Peminat Boer sekalian, Ini adalah anak kambing boer champion Bloodline SNAKE, tarikh lahir 2/11/2006...inilah baka boer impian setiap penternak yg sudah biasa dengan Kambing Boer Champion..Tuan2 tgk lah sendiri body dan semua aspek Snake ni, mmg bole jadi gile lah tgk lama2..Ini akan sy bawa utk dijadikan baka GEMILANG FARM..nantikan kemunculan yer di Malaysia...so, GEMILANG FARM sememang yer memberi perhatian kepada kualiti baka yg TERBAIK utk di biakkan hanya satu di Malayasia....kami adalah yg terbaik.. Kalau nak yg champion bole jugak, itupun kalau dlm tgn ade rm40k..nanti sy upload pic yer..kalau nak bole aje...call sy secepat mungkin..



Sunday, January 13, 2008

INDUK FULLBLOOD RED KALAHARI @ REDBOER FOR SALE!!!!!!!!!!!

INI PULAK GAMBAR FULLBLOOD BETINA WITH CERTIFICATE UTK DIJUAL..STOK TGH ADA DAN KALAU BERMINAT SY AKAN BAWA SEKALI DGN SHIPMENT SY YG AKAN TIBA AKHIR BULAN NI..TP KENA TEMPAH DULU LAH YE...INI UMOR YER BARU 6 BULAN DAN BERAT DAH 30KG.....

INDUK RED KALAHARI CROSS FOR SALE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

KEPADA PEMINAT-PEMINAT RED KALAHARI ATAU PUN ORG PANGGIL REDBOER CROSS, GEMILANG FARM SEDIA MENJUAL INDUK REDBOER DGN HARGA RM1200 SEEKOR..KALAU BERMINAT INI ADALAH STOK YG ADA DI FARM SUPPLIER SY DI AUSTRALIA...CALL 012-3814200 OR 013-2431000 UNTUK KETERANGAN LANJUT..INI ADALAH GAMBAR TERBARU..

Saturday, January 12, 2008

LERJA-KERJA PENEBANGAN POKOK KELAPA SAWIT




Seperti yg tuan-tuan sedia maklum, Tapak Gemilang Farm dahulunya adalah kebun kelapa sawit. Keluasan tapak tersebut adalah 5.25 ekar, separuh dari jumlah tersebut iaitu 2.625 ekar akan di bangunkan untuk ternakan kambing Boer dan separuh lagi adalah cadangan untuk menternak lembu secara fidlot itu pun setelah projek MEGA ternakan kambing BOER Daerah Kuala Langat ini telah siap sepenuhnya. Maka pada tanggal 28 Mac 2007 kerja-kerja penebangan pokok kelapa sawit yg tidak berkenaan di tebang utk membuat tapak kandang seluas 24x100, stor makanan ternakan, tandas, rumah pekerja, tapak gelanggang badminton dan 'rest house' sy dengan lancarnya pada hari itu. Dengan menggunakan jentera berat 'hitachi' kerja-kerja menjadi lebih mudah dan lancar....ikuti sambungan ye..., Gemilang Farm aje yg ade cerite berepisod mcm ni...kuGEMILANGkan Farm....



Wednesday, January 9, 2008

SEJARAH AGROGEMILANG FARM

TANGGAL 28 MAC 2007 ADALAH DETIK KENANGAN DAN SEJARAH BG GEMILANG FARM KHUSUSNYA AGROGEMILANG ENTERPRISE (itu dulu) SEKARANG AGROGEMILANG FARM SDN BHD. DARI KEBUN KELAPA SAWIT SAMPAI LAH SKRG TERKENAL SEANTERO MALAYSIA, CKP JER AGROGEMILANG SEMUA ORG DAH TERBAYANG AKAN KEWUJUDANNYA DAN SENTIASA MEMBAYANGI PESAING SEANGKATAN DENGANNYA. WALAUPUN BARU BERTAPAK SECARA RASMINYA PADA 25 MEI 2007 OLEH YANG BERHORMAT HJ HASIMAN BIN SIDOM AHLI DEWAN UNDANGAN (ADUN) KAWASAN MORIB IANYA MELANGKAH SEPANTAS KILAT MENINGGALKAN SAINGAN DAN SENTIASA DAHAGAKAN KEGEMILANGAN YG LEBIH GEMILANG DI MASA-MASA MENDATANG. (bersambung)...heheheh, ikuti kisah selanjut yer di episod kedua (2)...gambar di atas mmg tapak sebenar Gemilang Farm masa mula2 dibeli dgn harga rm300,000.00

Tuesday, January 1, 2008

KALAHARI RED OR REDBOER GEMILANG FARM YG TERBAIK






Nak tunjuk kat semua penternak dan bakal2 penternak baru yg Gemilang Farm ni tak lokek dengan pejantan2 yg terbaik dari yg terbaik kat Malaysia ni..dari yg Boer sampai lah ke Kalahari Red or Redboer ni, semua yer adalah yg terbaik di Malaysia..So, kredibiliti hasil anak/ternakan dari Gemilang Farm tidak dpt disangkal lagi..sememang yer terbaik dari yg terbaik..ini bukan gambar hiasan je tau tp realiti yg terdapat di Gemilang Farm dan kalau nak kepastian buat appoitment dulu dgn Azli sekiranya nak dtg kalau tak buang masa jer datang kandang mmg tak dpt tengok lah kambing terbaik di Malaysia..kepada peserta-peserta SKIM GEMILANG anda tidak perlu gusar kerana kami mempunyai pejantan terbaik utk induk2 kambing yg anda telah beli dari kami..dannnnnnnnn kpd yg terlepas menyertai Skim ni sebab dah penuh walaupun kambing sampai akhir bln Januari lepas sy balik dari Melbourne pertengahan bln Januari jgn berputus asa dan sy akan cuba utk membina lg satu kandang berukuran 30x100 khas kepada peserta yg terlepas Skim Gemilang fasa pertama sebab sambutan terlalu hangat..sentiasa lah berhubung dgn sy (Azli) di talian hayat beliau 012-3814200 or 013-2431000...DI kesempatan ini jugak sy bg piHAK AGROGEMILANG FARM SDN BHD ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2008 semoga anda lebih berjaya dan sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi...ASSALAMMUALAIKUM..