Sunday, December 5, 2010

Jualan Penghujung Tahun...

Salam....

Sukacita dimaklumkan, Gemilang Farm masih beroperasi seperti biasa. Aktiviti penternakan, jualan dan sebagainya masih beroperasi serta semakin berkembang dengan penghasilan baka-baka yang lebih baik. Jumlah terkini kambing di Gemilang Farm Banting adalah 700 ekor Kambing BOER setakat ini. Di kesempatan ini juga kami ingin menawarkan jualan penghujung tahun untuk tujuan baka dan slaughter. Induk Dara Boer local breed juga sedang menanti untuk dijual dengan harga terbaik. Sila hubungi kami untuk pertanyaan, tempahan dan site visit.