Friday, December 28, 2007

SALT (SKIM AMALAN LADANG TERNAKAN)









ALHAMDULILAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Fasa Kedua Gemilang Farm lebih Gemilang dan telah di rasmikan oleh kambing2 yang terbaik dan berkualiti (maaf, org tak leh masuk cuma tgk dari jauh jer lah) bukan ape lepas ni Gemilang Farm akan terus maju dan maju ke hadapan merealisasikan NegaraKu Gemilang bersama JALUR GEMILANG.......KEPADA BAKAL-BAKAL PENTERNAK GEMILANG FARM SEDANG DLM PROSES MENDAPATKAN SALT (SKIM AMALAN LADANG TERNAKAN) ini bermaksud Gemilang Farm akan diberi taraf
ACCREDITATION oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan....dan secara rasmi yer kami adalah yg GEMILANG...di Malaysia..

Sunday, December 23, 2007

BOER GEMILANG FARM TERBAIK DI MALAYSIA



Hello!!! Ni lah antara Induk Kambing Boer Gemilang Farm yg Terbaik Di Malaysia..saje nak try kandang baru dah siap...hehhehe, kandang kedua berukuran 30x100 telah siap dan menunggu kedatangan 300 ekor Induk Boer gred F4/F5...nantikan kemunculan yer....dah ramai yg tempah lah, saper cepat dia dpt..Ramai yg nak menyertai SKIM GEMILANG iaitu MENTERNAK SAMBIL BELAJAR & MENGAUT KEUNTUNGAN(Januari 2008 start)...kalau nak call Azli k...012-3814200 or 013-2431000 tp kena tgk senarai dlm laptop sy dulu coz ramai yg dah register SKIM ni..

Ni lah gambar farm sy yg terletak di Banting Selangor, tu pic 4x4 ex department tempat sy bekerja sebelum menceburi bidang AGRO ni (Department Of Occupational Safety And Health atau singkatan yer DOSH dlm bahasa English le, dlm bahasa Melayu pulak Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan atau pun JKKP kalau tak tau lg dulu dipanggil Machinery Department)....

Saturday, December 1, 2007


Ini pulak anak Boer umo 5 hari berat lahir 3.9kg Induk F4

Pejantan Fullblood Junior Tyson..



Ni pulak Anak Boer Fullblood Gemilang Farm, Umo 3 Bln



Berat lahir 4.1kg jantina Jantan Pejantan pun Tyson....














Ni anak Boer Gemilang Farm Induk F5 Bapak Fullblood



yg gambar yer ada dlm blog ni name yer Tyson




berat lahir 4.0kg & baru berusia 2 bln..

Kepada bakal2 pembeli, gunakan kuasa membeli di tangan anda dan pastikan setiap pelaburan yg kite buat berbaloi utk jangka masa panjang. Beli baka terbaik dari Breeder terbaik Malaysia..hubungi sy di talian 012-3814200 or 013-2431000, NOR AZLI MUHAMAD, Managing Director of AGROGEMILANG ENTERPRISE, Director of AGROGEMILANG FARM SDN BHD..AGRO TO ADVANCED TECHNOLOGY......


Thursday, September 6, 2007

Thursday, August 16, 2007

Anak Pejantan Redboer Gemilang Farm



Utk makluman peminat2 Redboer ini adalah anak kambing Redboer yg lahir di Gemilang Farm khasnya Malaysia lah, umurnya baru 1 bulan, berat lahir adalah 4.65kg, jantan tau ni..kalau tak caya bole dtg tgk kat Gemilang Farm..di Banting SOLD!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

F4/F5

Ini adalah antara kambing boer yg ada di Gemilang Farm...nak tgk lebih dekat jemput ke kandang pada bila2 masa tp tlg buat appointment dulu..

Saturday, August 11, 2007

JADIKAN PENTERNAKAN SUATU PERNIAGAAN

‘’Kita bukan ke belakang tetapi kita akan lihat era baru industri pertanian negara yang menakjubkan, malah kita akan memberikan lagi nilai tambah kepada industri ini,”
- PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi


Malaysia perlukan 600,000 ekor kambing daging setahun – mengikut perangkaan JPH, rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 15,000 tan metric daging kambing (kira-kira 600,000 ekor) pada 2003. Setakat ini, kira-kira 1000 tan ataupun hanya 6-7% yang diperolehi dari penternak tempatan dan selebihnya diimport. Ini adalah potensi yang sangat besar untuk mereka yang menceburi bidang ini. Keperluan dijangka meningkat kepada 20,000 tan metrik pada 2010. Ini menunjukkan perlunya lebih banyak pengwujudan ladang-ladang komersil baru.

Dengan ini jelas menunjukkan perlunya lebih banyak penternak-penternak komersil baru diwujudkan dengan lebih banyak lagi bagi menampung keperluan negara.

“JADIKAN PERTERNAKAN SUATU PERNIAGAAN”

PERASMIAN GEMILANG FARM OLEH YB ADUN MORIB

Gambar akan di upload dlm beberapa hari lg...

Pendahuluan Gemilang Farm

Industri ternakan negara berkembang pesat dengan pertumbuhan aliran yang sentiasa meningkat setiap tahun. Permintaan melebihi pengeluaran dalam negara dan sentiasa menuju era baru globalisasi.

Dengan penubuhan syarikat AgroGemilang Farm Sdn.Bhd dan Ladang Gemilang Farm yang terletak di Banting, Selangor, industri penternakan kambing akan semakin menuju satu era kegemilangannya. Bermula hanya beberapa ekor kambing sebagai permulaan, syarikat kami maju setahap demi setahap dan kini akan menuju kepada objektif syarikat untuk menjadi peneraju industri ternakan kambing di Malaysia. Kini, syarikat kami selangkah kehadapan dan akan mengimport kambing Jamnapari dari Jawa Tengah sebagai asas pengukuhan syarikat dalam industri ini. Syarikat kami telah mengimport dengan satu konsiortium di Australia baka kambing BOER secara pukal untuk memenuhi permintaan dalam negara kasar. Dengan bantuan dan sokongan pelbagai pihak seperti JPH, MARDI, UPM dan UM objektif syarikat kami akan lebih tersusun serta mencapai tahap PENERAJU industri penternakan kambing di Malaysia.
TYSON-Nama dia ni tau, berat lebih dari 100kg, berasal dari Brisbane dan mendapat taraf permastautin penduduk tetap Malaysia khas ye di Gemilang Farm, antara champion semasa umurnya 2 tahun ke bawah, saper2 nak tg bole tgk tapi tak bole sentuh sebab yer mmg bersebab, Bole contact AZLI(Managing Director) 013-2431000 alamat: Gemilang Farm, Lot 892 Jln. Bakti, Kg. Kanchong Tengah(dekat dgn rumah keluarga Datuk Sidek) 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

Pejantan Boer Fullblood with Certificate


Pejantan Redboer/Kalahari Red with Certificate



Induk Boer Fullblood with Certificate


Induk Redboer/Kalahari Red

Boer F4



Kambing Boer Gred F4

Boer F2

Kambing Boer Gred F2

Boer F1

Kambing Boer Gred F1