Saturday, August 11, 2007

Pendahuluan Gemilang Farm

Industri ternakan negara berkembang pesat dengan pertumbuhan aliran yang sentiasa meningkat setiap tahun. Permintaan melebihi pengeluaran dalam negara dan sentiasa menuju era baru globalisasi.

Dengan penubuhan syarikat AgroGemilang Farm Sdn.Bhd dan Ladang Gemilang Farm yang terletak di Banting, Selangor, industri penternakan kambing akan semakin menuju satu era kegemilangannya. Bermula hanya beberapa ekor kambing sebagai permulaan, syarikat kami maju setahap demi setahap dan kini akan menuju kepada objektif syarikat untuk menjadi peneraju industri ternakan kambing di Malaysia. Kini, syarikat kami selangkah kehadapan dan akan mengimport kambing Jamnapari dari Jawa Tengah sebagai asas pengukuhan syarikat dalam industri ini. Syarikat kami telah mengimport dengan satu konsiortium di Australia baka kambing BOER secara pukal untuk memenuhi permintaan dalam negara kasar. Dengan bantuan dan sokongan pelbagai pihak seperti JPH, MARDI, UPM dan UM objektif syarikat kami akan lebih tersusun serta mencapai tahap PENERAJU industri penternakan kambing di Malaysia.

No comments: