Monday, December 14, 2009

Kepuasan Menternak Boer/Redboer

Induk Kambing Boer yg melahirkan kembar 4....2 ekor terdiri dr Boer dan 2 ekor dr redboer...mmg puassssssssssss........



Salam......Tanggal 14/12/2009 sejarah tercipta di Gemilang Farm kemungkinan juga rekod di Malaysia. 1 ekor kambing Boer gred f4 and 1 ekor kambing redboer fullblood (kesemuanya 2 ekor induk) telah mendapat 7 ekor anak terdiri drpd 5 ekor anak redboer dan 2 ekor anak boer(4 ekor betina selebihnya jantan)...mmg itu lah kebesaran yg maha Esa....Kepuasan di riak wajah sy tidak dpt di gambarkan dgn kata2...mmg berbaloi dan mmg bangga dgn pencapaian sebegini rupa...Alhamdulilah....berita ini sy terima lebih kurang pukul 6 ptg dr assistant sy Fendi..yg pertama lahir adalah yg induk Redboer (kembar 3) dan selang 20 minit kambing Boer pulak melahirkan anak kembar 4..sungguh mengujakan sy...dgn hati yg gembira dan ingin berkongsi pengalaman ini dgn semua penternak di Malaysia amnya sy telah bergegas pergi ke farm utk mengambil gambar walaupun ketika itu sudah malam yg penting sy dpt berkongsi kegembiraan khas utk tatapan tuan2 dan puan2 sekalian...gambar dpt sikit je sbb bateri kamera pulak habis...
Utk makluman tuan2 dan puan2 Gemilang farm telah mempunyai pengalaman mendapt kembar 4 dan 3 cuma tak serentak...skrg ni pun di farm tgh musim beranak dr hujung bln 10 sehingga lah skrg...percentage kembar 2 adalah 90%...berbanding sblm ni sekitar 40 to 50% kembar dua....dr kajian yg sy telah buat makanan dr hasil adunan sy byk membantu dlm pencapaian tersebut...ok lah layan lah 2 keping gambar di atas dan semoga anak kembar seperti ini semakin byk di Gemilang Farm...InsyaAllah...Salam....Layannnnnnnnnnnn


Saturday, December 12, 2009

BBQ KAMBING BOER 1MALAYSIA

Ni kira Org kuat Majlis ni lah...Event Manager En Shahidan..

Ni lak Fendi Assistant sy sape yg pernah dtg kandang kenal lah kot....

kat blkg sy ni dah ramai yg tak sabar nak rasa BBQ ni tau...mmg mengiurkan...

Ni dia BBQ kambing Boer 1Malaysia......

Sy tgh nak siapkan hidangan utk Datuk Seri.....

Datuk Seri tgh nak dptkan ilham nak naikkan name AgroGemilang Farm Sdn Bhd...specially kat Putrajya lah...heheheh...aminnn



Salammmm..........
Dah lama rasanya sy tak update blog sy ni...al maklum lah bz skrg ni...Alhamdulilah rezeki Allah nak bg..Tp kambing tetap menjadi pilihan no 1 sy sampai akhir hayat sy...
Berbalik pada tajuk kat atas tu fuhhhh....nampak mcm dasyat jer kan....tp itu hanya permulaan sahaja akan ada plan baru yg akan menyusul kemudian hari...tp setelah sy merasai keunikan dan kesegarannya sy terus jatuh hati dan kalau bole setiap hari menu sy adalah BBQ kambing Boer 1Malaysia....utk makluman tuan2 dan puan2 sekalian sy namakan BBQ kambing Boer 1Malaysia kerana hidangan ini bole di nikmati oleh semua kaum dan sy telah mencubanya mmg semua memuji kelazatan BBQ tersebut....baik Jawa, Melayu, Cina, India semua puji woooo.....well done....Alhamdulilah....
Tanggal 05/12/2009 detik ini bermula lah episod BBQ kambing Boer 1Malaysia. Pada tarikh tersebut satu majlis mesra penduduk di kawasan rumah sy telah di adakan, berbagai acara seperti pertandingan carrom, congkak, melukis utk kanak2 telah dpt diadakan dgn jayanya. Alhamdulilah dgn rezeki yg telah di beri sy telah dpt mensedekahkan/sponsor seekor kambing boer BBQ utk majlis tersebut....sambil tu menyelam minum air lah sy promote kambing boer kat Putrajaya. Dr maklum balas semua penduduk mmg amat2 berpuas hati dgn hidangan BBQ kambing Boer 1Malaysia tersebut..dan ade yg dah risik2 nak buat utk majlis2 akan dtg...rezeki lg...alhamdulilah...
Seperti yg tuan2 dan puan2 telah lihat di atas dan mmg mcm mimpi jer tetamu majlis ni adalah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (ahli Parlimen Putrajaya) telah berbesar hati datang ke majlis tersebut wal hal Beliau antara org yg bz dgn kerjaya beliau sebagai seorg ahli politik dan ahli perniagaan yg berjaya...pd mulanya sy di maklumkan Datuk Seri tidak dpt hadir ke majlis tersebut oleh sebab kesibukan beliau ttp kira2 pukul 4 ptg Datuk Seri telah hadir memberi sokongan pd majlis tersebut dan sy amat berbesar hati bertemu beliau dan sempat berborak mengenai kambing Boer, rupa2 ye beliau jgk arif berkenaan khasiat kambing boer..sy telah dpt menghidangkan BBQ kambing Boer 1Malaysia kepada beliau dan dr riak wajah beliau hidangan itu adalah amat istimewa...To Datuk Seri, Terima Kasih kerana sudi hadir dan merasai BBQ kambing Boer 1Malaysia....
Sekiranya tuan2 dan puan2 inginkan BBQ kambing Boer 1Malaysia bole lah menghubungi sy di talian hayat 24 jam sy sperti berikut:
1) 012-3814200
2) 013-2431000
Harga bermula dr rm900 dan ke atas.....pakej tersebut termasuk serving di tempat tuan2/puan2 dan di sertakan sekali salad, carrot, black pepper source dan sbg ye...sekian terima Kasih....Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...

Monday, September 21, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


SALAM....DISEMPATAN INI KAMI WARGA KERJA GEMILANG FARM @ AGROGEMILANG FARM SDN BHD INI MENGUCAPKAN:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Semoga jalinan ukhwah sesama kite berkekalan dan di rahmati oleh NYA....Aminnnnnnnnnnn...

Thursday, September 3, 2009

KEJAYAAN BOER LOCAL BREEDING PROGRAM

Ini Pejantan Redboer Gemilang Farm hasil 1st local breeding program berumo 1 tahun 1 bulan berat anggaran 55kg to 60kg

Pejantan Boer hasil 2nd boer local breeding program berat 60kg (masih gigi susu semuanya)

Ni 1st group hasil Local breeding program Gemilang Farm, kalau nak tgk dtg ler ke farm

Anak betina berumo 4 bulan yg jugak hasil local breeding program

Antara anak betina yg akan menjadi induk Gemilang Farm tak lame lg

Ni pulak close up 2nd batch hasil local breeding program Gemilang farm umo 7 bulan berat 40kg

Ni group 2nd batch local breeding..di buka utk jualan (harga di runding)

Ni pulak close up 3rd batch hasil local breeding program Gemilang farm umo 6 bln berat 40kg

Group 3rd batch hasil local breeding program Gemilang Farm (di buka utk jualan, harga nego)

Salam kepada pengunjung2 blog yg sentiasa setia dan tertunggu-tunggu blog sy di update...
Dikesempatan ini sy ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd rakan2 ternak dan pengunjung2 blog yg memberi sms, ucapan dan sokongan kpd sy utk sentiasa sabar dlm mengharungi qada dan qadar daripadaNYA. utk makluman, semangat sy mmg 'down' sgt2 semasa pemergian MAK (mohon pengunjung2 blog yg terbaca mensedekahkan surah Al-Fatihah kpd MAK sy..Terima Kasih) yg amat2 sy sayangi meninggalkan alam dunia. Tak dpt di gambarkan perasaan tu dgn kata-kata, hanya Allah yg tau betapa perit ye sy nak menerima kenyataan ini. Hampir 2 bulan sy menyepikan diri dari dunia Ternakan Kambing utk mencari ketenangan dan berehat supaya sy dpt mengilhamkan sesuatu utk sy meneruskan semangat yg selama ini hasil kata-kata, dorongan, sokongan dr Mak sy. Ribuan terima kasih sekali lg..
Tajuk kali ini adalah berkait rapat dari rentetan boer local breeding program yg lalu, adalah di maklumkan program ini adalah amat berjaya dan ribuan terima kasih kpd semua pengunjung farm yg sentiasa tidak putus2 memberi tunjuk ajar. Gambar2 di atas adalah bukti dan hasil dr program tersebut. Byk lg perkara yg perlu sy pelajari dr rakan2 ternak utk meningkatkan daya saing program ini supaya menjadi lebih Gemilang satu hari nanti. Semoga dgn kerjasama bersama membawa kita maju setapak lgi supaya dpt menghasilkan baka2 terbaik utk industri ternakan kambing di Malaysia.
Di kesempatan ini jugak sy ingin mengumumkan membuka JUALAN BOER LOCAL BREEDING Gemilang Farm utk di miliki tuan-tuan sekalian. Sy menjemput tuan-tuan yg berminat dtg ke Gemilang Farm dan membuat selection, harga kite bole bincang sampai tuan2 puas hati. InsyaAllah harga ade diskaun...layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn........wasalam.


Thursday, August 20, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK


RAMADHAN yang ditunggu-tunggu seluruh umat Islam bakal menjelma hujung minggu ini. Ada yang rindukan sahurnya, buka puasa, malah ada yang teringat akan malamnya yang kudus. Tarawih dan solat malam sudah tentu akan diisi maksimum mungkin dan diselangi tadarrus. Ramai juga yang mengambil peluang mengerjakan umrah dan bersedekah, kerana semuanya ingin menghambakan diri, menjadi hamba-Nya yang tulus.

Permulaannya rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghujungnya terlepas dari api neraka. Inilah yang ingin dikejar sesiapa saja yang inginkan penghabisan usia yang baik. Yang bersalah memohon maaf, yang sombong menghulur senyum, yang jahat mula bertaubat, yang malas menyinsing lengan, yang takbur kembali sujud memohon keampunan, memohon pelepasan dari dosa yang terhimpun sekian lama.

Indahnya Ramadhan, paginya hening untuk yang insaf, siangnya pendek untuk yang sabar dan malamnya panjang untuk yang bertaubat. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga, berpuasa juga menjaga diri dari melakukan perbuatan maksiat. Yang halal dilakukan pada bulan yang lainnya menjadi haram pada bulan puasa, seperti makan pada siang hari dan melakukan persetubuhan antara suami isteri. Kerana itulah orang berpuasa dengan sebenar-benarnya adalah orang yang luar biasa.

Di dalam surah Al-Baqarah ayat 183, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa."

Orang berpuasa ialah orang yang bertakwa. Mereka menjaga hati dari berasa sangsi terhadap kekuasaan Allah dan kebaikan saudara seagama. Mereka juga menjaga mata dari memandang sesuatu yang tidak selayaknya, menjaga hidung dari menghidu sesuatu yang mengurangkan pahala, menjaga telinga dari halwa yang membuai rasa dan suara yang membawa berita bohong, menjaga lidah dari membicarakan hal yang tidak berfaedah, mengumpat, mencaci, menipu dan memfitnah serta menjaga tubuh badan lainnya yang menjadikan kita leka dari mengingati Yang Maha Berkuasa.

Orang meninggalkan puasa tanpa izin syarie tidak akan dapat menggantikan hari berkenaan pada mana-mana hari pun di dunia, Rasulullah SAW menegaskan hal ini dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam at-Tarmizi yang maksudnya: "Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa berbuka satu hari pada Ramadan tanpa ada ruksah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa ditinggalkan itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup".

Pada bulan mulia, ibu bapa wajar mengambil peluang meluangkan masa yang berganda bersama anak dan mendidik mereka mematuhi hukum agama. Selain puasa, rukun Islam lainnya wajar ditazkirahkan semula dan diamalkan bersama mereka supaya hati mereka dekat dengan Yang Maha Pencipta.

Anak bukan saja perlu difahamkan dengan apa yang terakam di dalam kitab suci, tetapi juga amalan yang ditunjukkan ibu bapa, yang menjadi pendakwah paling hampir dengan mereka.

Tunjuk ajar yang betul pada peringkat awal usia anak untuk menghadapi Ramadhan tentunya menjadi batu asas yang kuat untuk mereka beristiqamah dengan fahaman puasa yang sebenarnya, iaitu bukan hanya berlapar dan dahaga, apatah lagi membazir sewaktu berbuka tetapi menjadi hamba yang insaf terhadap hari muka.

Sudah tentu setiap isteri pula menantikan tunjuk ajar suami dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT. Walaupun menyediakan juadah bersahur dan berbuka besar dan banyak pahalanya, ia tidak cukup puas jika tidak berjemaah sewaktu qiyamullail, apatah lagi apabila tibanya lailatul qadar yang hanya bertandang sekali. Justeru, setiap suami harus mengambil kesempatan dari saat ini untuk menyiapkan diri membimbing anak dan isteri menghadapi Ramadhan kali ini agar lebih baik dari sebelumnya.

Oleh itu SAYA NOR AZLI BIN MUHAMAD DAN WARGA KERJA AGROGEMILANG FARM SDN. BHD TERLEBIH DAHULU MEMOHON AMPUN & MAAF jika kami ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 'Selamat
Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.

Wednesday, July 15, 2009

Berita Sedih Dari Kampung!!!!!!!!

Assalammualaikum....

Kepada pengunjung2 blog sy....sy memohon maaf sebab tak update blog ini...bukan aper sy manjaga Mak sy yg telah sakit.. Hari ini adalah hari paling sedih bg sy kerana MAK yg sy amat sayangi dan sumber ispirasi sy selama ini telah pulang ke Rahmahtullah...Semoga teman2 sy dan sesiapa jua yg melayari blog sy memberi penghormatan terakhir pada Arwah Mak sy...dgn mensedekahkan surah Al-Fatihah...Semoga Arwah MAK sy di masukkan dlm golongan2 org yg beriman dan di masukkan ker syurga...Amin...TQ..


AL-Fatihah.......

Monday, May 18, 2009

KANDANGKU RUMAHKU DAH NAK SIAP!!!!!!!!!!

Ingat kan buat bangunan jer guna scaffolding....mmg menarik....

Utk makluman, kandang ni berbentuk 'L'....

Setelah 3 minggu kerja2 di jalankan.....mmg copattttt....baru sehari lepas pic ni di ambil...
Mmg puas hati lah...besau gile lah kandang ni...jenuh nak maintain ni...

Kerja membuat tiang konkrit baru bermula...

GCB sedang mengorek lubang utk di buat tiang kandang....

Pandangan dr blkg Gemilang Farm...besau2....
Tapak kandang baru bersebelahan kandang no 3 Gemilang Farm

Salammmmm..........................................................
Rasanya dah lame sy tak update blog ni, bukan ape ade busy sikit lah...dgn pembinaan kandang yg baru dan dalam masa yg sama mendapat berita dan ujian dari Allah...Mak yg saya SANGAT2 sayangi rupanya selama ini telah menghidapi Cancer di kepala, ini telah di sahkan melalui ujian MRI yg sy buat di Specialist Kajang Hospital....SubhannaALLAH...mmg ujian Allah pada sy..Semoga Allah memberi perlindungan dan kekuatan kpd Mak sy utk menempuhi segala bentuk ujiannya...dan memanjangkan umurnya...Amin....
Buat kawan2 yg sentiasa menyokong sy secara langsung mahu pun tidak langsung sy ucapkan ribuan Terima Kasih dan semoga sokongan tuan2 dpt sy realisasi serta menjadi dorongan utk terus maju membawa ke GEMILANG an buat kite semua...Amin...
Seperti yg tuan2 dan puan2 tau sebelum ni sy ade membuka tawaran sebutharga kandang berukuran 50 X 200 kaki...setelah di pertimbangkan kami telah memilih kontraktor dr Melaka utk merealisasikan impian menjadi nyata...InsyaAllah kandang ni pun dah hampir penuh or dah penuh khas utk peserta Skim Gemilang..sambutan yg hangat telah sy terima dari fasa pertama skim tersebut...kali ini fasa kedua akan menyusul dan sememangnya di nanti-nanti kan oleh semua bakal peserta...pada 29hb April 2009 yg lepas kami telah di datangi oleh 50 org staf pelbagai pangkat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dr seluruh negara yg bakal bersara pd tahun ini..fuhhh....mmg panas...mcm pisang goreng...tuan2 bayangkan lah kalau satu org ambik 1 lot (satu lot 10 ekor) sekiranya semua ambik 1 lot dah jd 500 ekor.....dasyat sgt lah...mmg kandang ni siap jer terus fully book...tu tak di kira lg org perseorangan dan penduduk kampung Kanchong Tengah yg dah bg nama utk di masukkan dlam Skim ni....dah ade 150 ekor confirm...mmg tak larat lah sy nak handle sorang2...nasib baik lah pekerja2 di Gemilang Farm semuanya berdedikasi dan the best team pernah sy miliki...dan nasib baik jugak lah sy ade assistant yg dulu sy pernah ckp akan jd org kanan sy...iaitu anak buah sy Fendi...maybe tuan2 pun pernah jumpa dia...mmg sy rasa dia punyer komitmen 120%...syukur Alhamdulilah...semoga Allah permudahkan urusan sy hendaknya...Amin....
Ok lah tuan2 rasanya dah panjang lebar sy berceloteh ni...dan utk makluman kandang akan siap akhir bulan ni....dan awal bulan depan dah bole beroperasi..Amin....niat di hati nak buat kenduri kesyukuran dan panggil org2 kampung serta Yang Berhormat ADUN Morib dtg utk melihat kemajuan Gemilang Farm setelah 2 tahun di tubuhkan...(25 Mei 2007 tarikh perasmian oleh ADUN Morib)...tinggal 7 hari jer lg hari jadi Gemilang Farm...hehehe...ok lah tuan2 di kesempatan ini sy nak ucapkan ribuan terima kasih kpd semua pembeli2 kambing, pelawat2 dan semua rakan2 ternak di atas sokongan tuan2 dan sekiranya sy ade membuat salah dan silap mohon di maafkan...ikhlas dari sy NOR AZLI BIN MUHAMAD........................................................... Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..............


Saturday, March 28, 2009

Anak-Anak Kambing HASIL Gemilang Farm Boer Breeding Program



Salam kenal kepada semua pengunjung2 blog yg budiman...



Anak FB Boer Betina umo 2 minggu hasil Pejantan FB Redboer kat bwh tu....



Pencetus Semangat baru: Anak Boer FB Jantan umo 3 hari yg MENGUJAKAN berat lahir 5.1kg


Nama: Tembam (Anak Redboer FB Jantan berat lahir 5kg) umo skrg 2 minggu

Tembam sejurus di lahirkan...tgk sendiri ketembaman ye......


Anak Redboer Betina umo 2 minggu (mak ye Boer bapaknya redboer)


Kelahiran Boer kembar 3 umo 3 hari (berat lahir 3.8kg, 3.7kg & 3.7kg)


Ini lah Champion Redboer Gemilang Farm umo 2 tahun 6 bulan anak2 ye yg kat atas tu...


Redboer betina paling depan tu lah mak Si Tembam....


Semua tunggu giliran nak beranak...doktor yer traffic jamed kat pekan Banting...hehehe



Assalammualaikum dan selamat sejahtera....khas buat semua Penternak..
Alhamdulilah....Setelah sebulan lebih bertukus lumus menyambut kelahiran inilah masa yg paling sesuai berkongsi kegembiraan melihat anak2 kambing yg lahir dari Gemilang Farm Boer Breeding Program....semuanya berjalan lancar dengan berat lahir paling kecik 3.2kg....Semoga Allah memberkati Breeding Program ini...Aminnnn...tidak di nafikan Penjantan yg baik akan menghasilkan anak2 yg terbaik dan faktor makanan jugak memainkan peranan dengan segala ramuan yg seimbang dan memenuhi kehendak setiap ekor induk yg bunting....
Paling mengujakan saya adalah kelahiran anak FB boer jantan dengan berat lahir 5.1kg...ini adalah rekod Gemilang Farm yg baru...semoga dengan kelahiran anak kambing ini sy akan terus brsemangat dan terus menuju ke hadapan membuka minda belia2 Melayu utk mengubah persepsi bidang ternakan Kambing bole memberi Kejayaan serta menjamin masa depan kite kelak...Aminnnn.....
Kejayaan sy adalah kejayaan Anda semua sebab anda adalah rakan ternak yg berintegriti dan sentiasa memberi semangat serta dorongan sehingga sy berada di tahap sekarang...semoga doa tuan2 sentiasa mengiringi kite utk terus mengorak langkah menjadi Bangsa yang GEMILANG...sekian, wasalam....layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn........

Monday, March 2, 2009

Jemputan Khas..............................

Salam kepada pengunjung2 setia blog Gemilang Farm....

Maaf sebab sudah lame tak meng 'update' blog ini...bukan tak nak update tp masa yg tak mengizinkan sy, maklumlah semakin hari semakin banyak kerja dan semakin hari semakin bertambah kambing...skrg ni tengah sibuk buat kilang baja kompos bersebelahan Gemilang Farm....tu yg sibuk sikit tu....dan sekarang dah ade 100 ekor kambing yg telah di contract farming kan oleh Gemilang Farm dan yg dalam senarai menunggu ade 100 ekor confirm buat CF dgn Gemilang Farm...td jer ade sorang Pengarah Urusan sebuah syarikat buat CF dgn Gemilang Farm 30 ekor....dan itu tak termasuk order yg tak dpt Gemilang Farm sediakan sbb kandang tak cukup (kandang skrg di Banting ade 3 setiap satu berukuran 30 X 100 kaki, Cawangan Melaka ade 2 kandang setiap satu berukuran 30 X 100 kaki) lebih kurang order utk cash and carry dlm 200 ekor lg....fuhhhh...rezeki Allah bg....Alhamdulilah....oleh itu tajuk kat atas memainkan peranan penting pada post kali ini...Dengan ini sy ingin MENJEMPUT Datuk seri/Datuk/Tuan/Puan utk memberi Qoutation bagi kandang berukuran 30 X 200 kaki dan 50 X 200 kaki....Lawatan tapak bole di adakan pada bila2 masa dan sila buat appoitment dgn menghubungi sy untuk keterangan lebih lanjut....Qoutation ini hanya di buka selama 1 minggu dr tarikh post ini dan di buka kepada semua kontraktor tak kira Melayu ke, Cina ke dan sebagainya....harga yg di fikirkan terbaik adalah menjadi pilihan sy....Qoutation bole di hantar melalui fax di nombor berikut 03-88901008...utk perhatian Mr. Nor Azli Bin Muhamad...
Sekian Terima kasih.....Salam....Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....

Sunday, January 25, 2009

Radio Televisyen Malaysia


Ketibaan Staff RTM

Staff RTM menjalankan tugas seperti di rancang

Saya sedang memberi taklimat kpd En Wan Badrul (Penerbit)

Tiga lelaki Cina yg ingin membuka kilang baja kompos bersebelahan Gemilang Farm


Salam kepada semua pengunjung blog Gemilang Farm....
Tanggal 22 hb Januari 2009 bersamaan hari khamis minggu lepas sy dan warga AgroGemilang Farm Sdn Bhd telah di hadiri oleh Pegawai dan Staff Saluran Radio Aktif, Bahagian Media Digital Interaktif Jabatan Penyiaran Malaysia...Sebelum kedatangan mereka sy telah di hubungi oleh En Wan Badrul Hisham Wan Abdul Wahab selaku Penerbit utk membuat lawatan dan membuat shooting utk Gemilang Farm di masukkan dalam salah satu slot Bahagian tersebut..kami warga AgroGemilang terasa amat berbangga di atas kesudiaan pihak RTM membuat shooting di Gemilang Farm malah bertambah bangga apabila di beritahu kami Terpilih setelah melihat blog2 ternakan kambing yg ade ketika ini...Lantas kunjungan mereka pd tarikh tersebut amat bermakna bg kami yg baru berusia 1 tahun 8 bulan beroperasi...Maka bermula lah episod Gemilang Farm melebarkan sayap utk menjadi yg terbaik dan di pilih antara pembekal kambing Boer yg berdaya saing dan maju....Di kesempatan ini sy mewakili warga kerja AgroGemilang Farm Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih yg tidak terhingga di atas kesudian Pegawai dan Staff RTM memilih kami mengisi slot terbitan mereka khasnya kpd En Wan Badrul...semoga kerjasama yg akan datang lebih meluas dan kami bersedia utk menerima kunjungan mereka kembali...Wasalam...........Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..........................

Wednesday, January 7, 2009

Gemilang Farm Boer Breeding Program

Jantan Macho Hasil dari Boer Breeding Program Gemilang Farm....

Anak Betina FB umo 3 bln & Betina Redboer umo 3 bln....

Ada sape2 nak beli?? Maaf bukan utk di jual.....

Ni saje nak tunjuk body jer...mantapppp....

Betina Redboer umo 3 bln Hasil Boer Breeding Program.....

Anak betina umo 3 bln F5....not for sale....


Salam kepada semua pengunjung2 blog yg baru atau pun lama....kini dan selamanya....
Hampir sebulan sy tak meng'up date' blog ini rasanya dah ramai yg nak sy letakkan gambar2 terbaru kambing2 Gemilang Farm...utk makluman tuan2 dan puan2 gambar di atas adalah gambar terbaru anak kambing Boer Breeding Program Gemilang Farm...cawangan Banting dan Melaka....kalau nampak menggiurkan buat2 tak tau jer yer...ni bukan utk di jual...Maaf...dlm 2 or 3 bln lagi ade lagi bacth Boer Breeding Program Gemilang Farm utk di war-warkan...tunggu jer lah yer tuan2 dan puan2...Utk makluman tuan2 dan puan2 sy merancang dlm masa 2 ke 3 thn dari skrg semua kambing Boer atau Redboer yg akan berada di Gemilang Farm adalah hasil dari kelahiran dan pembesaran di Gemilang Farm...dari pemerhatian sy selama sy menceburkan diri dlm bidang ternakan ini baka yg di lahirkan di sini adalah amat baik dan mempunyai ketahanan fikizal yg baik serta mempunyai tubuh badan yg lebih baik dan sempurna...ini hanya lah perancangan sy dan Allah saje lah yg akan menentukan-Nya....semoga dorongan dan sokongan dr warga penternak kpd sy selama ini dpt sy 'show' kan hasilnya satu hari nanti dan sy berharap kite ade persatuan yg bole menjaga kebajikan semua warga penternak dan sy teringin sgt di adakan satu pertandingan kambing Boer Terbilang seperti mana yg kite ketahui di Australia pertandingan2 ini di adakan setiap tahun dan sy sanggup menjadi tuan rumah utk pertama kali pertandingan ini sekiranya di adakan.....semoga impian ini akan menjadi realiti satu hari nanti....Di kesempatan ini kami warga AGROGEMILANG FARM SDN BHD ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kpd semua warga Malaysia khususya warga penternak Kambing dan ucapan ribuan terima kasih kepada pembeli2 setia Gemilang Farm semoga urusniaga yg tejalin dpt di teruskan dan di pelbagaikan...sekian...wasalam....layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.........