Sunday, January 27, 2008

EPISOD 4



Sambungan episod terdahulu....
Setelah jln utama telah siap tiba lah masanya utk menambak kawasan cadangan tapak kandang berukuran 24x100 utk fasa pertama Gemilang Farm. Gambar di atas sekali adalah tapak kandang yg telah siap di tambak dan telah di tagging utk membuat tiang kandang. Kerja-kerja berjalan lancar dengan pekerja ketika itu seramai 6 org di tambah dgn 1 org pemandu Hitachi dan ucapan terima kasih kerana impian sy dah terlaksana secara tidak langsung dan membangkitkan semangat sy utk menjadi penternak berjaya suatu hari nanti.
Gambar kedua menunjukkan kerja-kerja mengorek lubang utk dijadikan beam bawah sebelum tiang di tegakkan supaya kandang lebih kuat dan kemas. sebanyak 44 lubang telah di korek dan 44 tiang telah sy tempah dgn setiap satu berukuran 6x6 inchi.
Setelah tanah di korek sepenuhnya kini kerja-kerja per'label'an dilakukan oleh pekerja kontrak yg dilantik sendiri oleh sy setelah menjalani interview..hahah, mcm2 citer beb..mcm2 ragam...pengalaman2..pekerja yg betul2 mahir sahaja akan ditawarkan kerja, hanya 6 org dari 15 org yg hadir temuduga layak utk menjadi pekerja sy..lihat saja;ah gambar tu tinggi tak tinggi skill diaorg ni buat kerja mcm ni...ok lah sambungan episod 5 jgn lupa tau...next week kot..salam utk penternak yg sentiasa mengikuti episod Sejarah Gemilang Farm..

No comments: